
Cuti Winter Break ni , kami menyertai jaulah ke Sinai, Dahab dan macam-macam lagi bersama dengan Kelab Perubatan Mesir. Jaulah ni start dr 28 hingga 31 Januari. Seramai 120 pelajar perubatan turut serta dlm jaulah ni.
Destinasi pertama kami ialah Kubu Salahuddin Al-Ayubi yang terletak di Toba. Juga dikenali sebagai Jazirah Firaun. Ia adalah kubu yang dibina oleh tentera-tentera pimpinan Salahuddin al-ayubi utk menghadapi tentera Salib.









Lepastu, kami gi ke tempat penginapan kami yg pertama, St. Catherine. Walaupun sekeliling nye pasir dan bukit-bakau, tapi suhu die teramat la sejuk. Sampaikan kalau nk duduk atas katil tu ibarat ais ada kat atas katil. Heater dah la tak de. Disebabkan sejuk tu la, dila sanggup seterika katil, bukan seterika baju...biar lantak org kata apa, asalkan panas.
Sepetang tu kami habiskan masa di situ utk bersiap-sedia rohani dan jasmani utk mendaki ke Gunung Sinai atau diekanali juga sebagai JABAL MUSA pada malam tu juga. Dalam pkul 11 mlm, kami bertolak ke gunung sinai dan kira-kira pukul 12.15 pagi kami start mendaki. Alhamdulillah, dila dan Farah berjaya samapai ke puncak dlm pukul 4 pagi. Main point kami mendaki sbnrnye nk tgk sun rise, tp tanpa diduga cuaca hari tu teramatla sejuk dgn hujan batunye dan aingin yg sgt kencang. Org kata, itu first time hujan di Sinai. Tengah-tengah jalan tu, dila ada je terasa nk putus asa...tp dgn jasa kwn2 yg memberi semangat..akhirnye sampai gak.

Ni gambar sebelum kami mendaki
dgn memakai baju lebih kurg 5 helai...
Setibanye kt puncak, sume org dh kaku dan kebas...x pikir apa dah, kami terus sewa selimut tebal termasuk la dila. Disababkan angin yg sgt kencang kt puncak tu, kami sume satu group perempuan sanggup berhimpit-himpit di dlm surau yg sgt kecik, duduk ramai panaskan diri masing2 sementara tggu subuh masuk. Dlm pukul 7 pagi, kami start turun semula...tp wkt tu hujan lebat...Mmg risiko sgt2 wkt nk turun tu. Check point yg ke 9 dh la tersangat-sangat junam.

ni antara turunan yang curam...




Di puncak Jabal Musa inilah menjadi tempat di mana Nabi Mus A.S. bermunajat kpd Allah Ta'ala selama 40 hari sebagaimana yang termaktub di dalam AL-Quran pada surah al-Araf ayat 143. Juga terdapat sebuah masjid dan gereja kecil Ortodoks di puncaknye. Terdapat juga kesan batu yang menghalang Nabi Musa A.S. drpd terkena batuan-batuan lain sewaktu berlakunye peristiwa di mana Allah Ta'ala menunjukkan kebesaranNya, maka hancur leburlah gunung tersebut.
Sewaktu bermunajat, Musa berkata "Ya Tuhanku, nampakkanlah zatMu kepadaku supaya aku dpt melihatMu." Allah berfirman " Engkau tidak akan sanggup melihatKu, tetapi cuba lihat bukit itu. Jika ia tetap berdiri tegak di tempatnye seperti sediakala, maka nescaya engkau dapat melihatKu."
Musa terus memandang ke arah bukit yang dimaksudkan itu dan dgn tiba2 bukit itu hancur hingga masuk ke perut bumi, tanpa meninggalkan bekasnye. Musa terperanjat dan gementar seluruh badan lalu pengsan.
Allah membalas permintaan nabi Musa dgn berkata " Engkau tidak akan sanggup atau mampu melihatKu".
Walaupun gunung itu jauhlebih tegar dan kuat berbanding manusia, namun masih tak mampu menampung kekuasaan Allah. Apatah lagi manusia...ALLAHUAKBAR!!!