
Kekadang tergelak sendirian apabila ada yang mengeluh kerana dikatakan ditipu oleh syarikat makanan segera dari barat ni iaitu KFC. Orang dah ramai memboikot KFC ini sebab dikatakan sebagai syarikat dari Amerika. Tapi ada juga yang masih setia dan tidak hiraukan BOIKOT yang disarankan.Pada aku biasalah peniaga yang tidak kenal hukum syarak. Pelbagai taktiklah yang digunakan untuk melariskan hasil jualan. Tapi kita sebagai pengguna bagaimana? Apakah kita patut salahkan kepada penjual semata-mata.
Tidak soalkah pada kita kembali? Mengapa orang lain sibuk boikot, aku tidak?
Itulah sebabnya kena tipu.... padan muka!