January 28, 2011

Satu hari keluar~~~

Winter Break!!! ye....sukenya. Lps habis je exam rabu lps, terus tahan teksi luar kuliah, terus gi City Star. Hasrat nk enjoy skit, lpskan tension selama 3 minggu exam. Akhirnye, masanye sudah tiba...dh lama hasrat nk jalan2 ngan budak2 ni. Dulu, kalau la tau City Star ni x la jauh sgt dr umah, bleh je bw ibu jln2 wkt ibu trip dtg sini. Hmm...xpela. Yg dh lps biar kan. City Star la tempat tumpuan budak2 ni tuju lps habis exam. Borak2 kosong, window shopping dan mcm2 la. Saje mkn angin skit...dn pada hari tu juga la berlaku rusuhan kt Mesir. Trip budak2 yg nk g beli-belah ke Husin dan Abu-helah pun tersekat disebabkan rusuhan tersebut. Berita mengatakan rusuhan hari tu la plg besar kt Mesir. Slps peristiwa tu, student-student Malaysia dinasihatkan supaya berhati-hati dan menjauhkan diri dr kwsn yg sering berlaku rusuhan dan sentiasa membawa kernih(kad matrik) bersama-sama. Hmm...minta-minta lwtn dila g Sinai x terjejas.

Esok harinye, kami ramai2 satu rumah pi pasar, beli lauk-pauk...cadang nk masak besar2. Menu utama hari tu, ikan keli masam asam pedas. Lala pun ada. Dh lama x mkn makanan laut. Utk esok pulak, nk try masak laksam penang...hmm, Best2x...

Birthday Mo0n~~~

Sanah helwa ila zamili, Munirah utk yg ke 20.
Semoga thun ini lebih baik dari thun lepas.
Semoga hubungan kita sume kekal ke akhir zaman....

January 20, 2011

Musim Exam~~~

gambar Sinai yg terbaru...BEST!!!

Hmm...dh lama x update blog. Terdetik jugak nk update, tp x berkesempatan. Skrg ni, tgh berhadapan dgn mid-term exam. Next paper ahad ni...hehe, tp still ada masa nk update blog. Ini pun xleh panjang2...Kat sini, dh masuk kemuncak musim sejuk...plg rendah 9 celcius kot. Budak-budak ni pun study dlm saratoga (selimut tebal). Semenjak-menjak ni pun, kat sini sering hujan, 5 hari berturut-turut. Terasa macam suasana kt Malaysia je. Budak arab suka sgt hujan. Menjerit-jerit je kt luar tu. Ada satu hari tu, hujan air batu turun...ingat kan turun salji. Kuat sgt-sgt angin hari tu. Mcm ada ribut je sbb org kata kat sini sering jugak berlaku ribut. Habis sampah kt bawah rumah berterbang-terbangan. Kesian kat bawab (tuan rumah) kena kutip sampah tu semula. Tp xpela, mmg tugas die pun..

Bulan Januari ni, x byk g kuliah pun. Duduk rumah je. Dokturah kasi cuti utk study week. Itupun lps berpakat satu kuliah minta cuti. Mula-mulanye, Dean x kasi cuti pun. Tp still lg berpkat sbb budak-budak arab ni dh start cuti 2 minggu lps walaupun dean pun x kasi diaorg cuti. Tp nk buat mcm mana, xde student, Doktorah x leh ajar. Dean pun x leh marah diaorg sbb budak-budak semua ni dh berpakat. Hmm...wkt exam ni, dila sokmo kepunan nk makan byk2. Sbb rumah pun jarang masak, jadual masak dh tukar wkt exam ni. Maggie pun dh jemu. Tp untung la kt kedai-kedai yg menawarkan khidmat penghantaran. Byk je pamphlet menu makanan kt rumah kami. Pilih, call, tggu kejap delivery, pas2 mkn ramai-ramai. Tp seminggu sekali je la beli. X larat bli hari-hari, nnti lari budget.

Tggl 2 paper je lagi...ahad ni Physiology. Rabu depan Histology. Pastu, terus 2 minggu Winter Break...x sbr nk g Rehlah ngan kelab PERUBATAN ke gunung sinai. Tiga hari dua malam..from 3 until 5 february. Misi mendaki gunung tu pun just nk cari salji...haha. Xde arr, nk erat kan hubungan silaturahim la. ok, la setakat ni saje. Hmm, apa yg dila harap...moga-moga dpt buat yg terbaik utk exam ni. Amin...

Ni wkt hujan air batu ari tu...
Buka-buka je tingkap, habis kotor meja, angin masuk...

First time makan roti canai kat sini...
Beli kat restaurant Hasanah, student Malaysia punye

Haha...ni Steak Burger...saja je buat.
Tiba-tiba terdetik nk buat.
resipi tgk kt internet je

Bihun sup...ingatkan nk buat bihun bandung.
Pas2 x jadi, campak je la sup bunjut punye.

January 8, 2011

My Mom is Amazing




Dh lama dila dengar lagu ni
Tp tiba2 terasa nk upload kt blog
nk kasi ibu dgr...Lagu ni dila dedicated sgt2 kat ibu yg tersayang kat Malaysia...
lirik lagu ni, amat menyentuh jiwa bg sesiapa yg mendengarnye
dila tau betapa berat nye jasa ibu
Apa yg dila harap, semoga ibu sihat dan gembira selalu
Di sini, dila ingin memohon maaf atas sume kesilapan dila selama ni
ungkapan I LOVE U mmg susah nk diungkapkan depan2
byk sgt yg x terkata kt mulut nk luahkan kt ibu
tp, hmm....segan dan malu tiba2 muncul
Dila sgt bersyukur krn memperoleh ibu yg sgt-sgt tabah
tanpa ibu, siapa la kami...
Terima kasih byk2........