March 21, 2011

Round kuliah 2#


Waktu rehat 12-12.30 tg hari...
klu ada masa, kami gi cafe yang terletak kt belakang faculty

selalunye, ramai je student lepak kat cafe wkt rehat

tempat bayar...kat sini, kena bayar dulu baru boleh ambil makanan
kat supermarket pun sama, satu kaunter utk bayar, satu kaunter utk tuntut barang

tggu giliran ambil makanan...
Antara mknn yg selalu kami beli seperti
kibdah, sosej, hawawshi, makarona, kofta dan mcm-mcm la

mini pizza sokmo jadi tarikan org ramai...
5 genih untuk satu saiz sederhana

Lepas beli, cari tempat makan...
siapa cepat, die dapat dulu

jom-jom makan...:)

Round2 Kuliah~~~



Dalam kuliah~~~

Asrama Banat AL-Azhar

Jam 4.30 ptg, sume org baru habis kelas...
5 minit jalan kaki ke tempat tahan trenco

Tahan TRENCO...
50 sen sampai depan lorong rumah dila

sampai dah~~~

March 19, 2011

Bencilah R0k0k!!!!



Hmm...ntah la hari ni tiba2 nk tulis pasal rokok. Tiap2 hari, dila tgk semakin ramai yg hisap rokok. Dila bukan nk kata apa, bukan ke sume org dh tau betapa bahaya nye rokok tu. Ptg td gi kedai, naik teksi...aduh, tiba-tiba pulak pakcik teksi tu hisap rokok. Habis merebak asap dan bau rokok kat kami. Entah arr...best ke hisap rokok. Hisap asap, pastu hembus balik. Bukan saje bahaya utk kesihatan, tp bazir duit je beli rokok...baik beli benda lain. Bukan ke hisap rokok tu umpama bunuh diri...nk cepat mati. Lepastu, org yang kt sekeliling yang terbau asap rokok tu pulak lg bahaya dr org yang hisap rokok. So, kesian kat family yang tak bersalah. Dila tgk ramai laki terasa "macho" klu die hisap rokok. Aduh, entah la...bekalan kat dunia tak banyak lagi, tp dh pandai-pandai pilih jalan nk bunuh diri. Dila pun nasihat kat ahli family dila sendiri. Cuba la berhenti hisap rokok, klu tak leh pun...kurg kan dr 4 atau 5 batang sehari jadi dua ke.


Apa yang dila tau, Nicotine antara bahan bahaya yang ada kat sebatang rokok. Nicotine boleh menyebabkan heart beat dan blood pressure kita naik. Selain tu, Carbon monoxide juga ada pada rokok. Carbon Monoxide merupakan gas yang tidak berbau (odourless) dan tidak berwarna (colourless) serta lebih mudah bercantum dgn Blood Haemoglobin berbanding dengan Oxygen. Ini akak menjejaskan keupayaan darah untuk membekalkan oxygen kepada tisu-tisu badan. So, bagi menampung kekurangan oxygen, jantung dan paru-paru terpaksa bekerja lebih kuat. Sbb tu la, orang yang hisap rokok cepat letih, tak de tenaga. Malah ia juga menyebabkan kerosakan pada sistem saraf dan penyakit jantung. Antara kesan-kesan buruk dikaitkan dengan merokok ialah barah paru-paru, kanser pundi kencing, lemah ingatan, Emphysema dan macam-macam la.

Lagi satu, org yang hisap rokok ni, badan die tersangat-sangat la berbau. Tak kira la nafas, baju, rambut, sumenye berbau. Bau ni susah sgt nk hilang, walaupun org tu dh berhenti hisap rokok. Bagi org yang hisap rokok, gigi die pun kelihatan kuning dan mungkin jugak coklat. Dila pun pelik juga...kt kotak rokok tu bulat-bulat ada kesan merokok, tp diaorg still nk hisap. Aduh, entah la...

Dila tau bukan senang nk hilang kan merokok setelah ketagihan. Tapi selagi ada niat nak berhenti rokok, insyallah. Niat mesti bulat, ada tujuan jelas dan alasan kuat nak berhenti rokok. Tak kira la, sama ada berhenti terus atau beransur-ansur. Lepastu, klu tak tahan, kunyah chew gum byk2 sbb. Klu bleh kunyah Nicotine gum. Tp yang lebih Afdhal, rajin-rajinlah puasa sunnah sbb dengan berpuasa, kebiasaan rokok akan berhenti. Akhir kata, dila mohon maaf klu ada yg terasa...ini just pendapat diri terhadap rokok. Marilah kita sama-sama hindar dr perkara negatif dan byk kan amalan positif.

Dah Start kuliah...

Ini antara gambar2 student dr Azhar yg terkorban dlm rusuhan disebabkan krisis yang melanda di mesir baru-baru ni. Gambar-gambar ni betul2 ditampal di depan pintu pagar AL-Azhar. Al-Fatihah kpd mereka sume.

Pintu belakang Al-Azhar...

Alhamdulillah, 15 mei lps...kuliah dah start mcm biasa setelah sebulan tertangguh. Tapi still ramai lagi student yg tak blik lagi. Cuma separuh dr kelas je yg hadir. Sem 2 ni, baru kami start cuti dua hari. Sblm ni, kami, AZHAR hanya cuti hari jumaat je. Skrg dh disetujui, kami cuti hari jumaat and sabtu...BEST sangat-sangat. Tp satu je yg tak suka...cuti summer nnti, mesti jadi pendek. Rancang nk blik Malaysia lg, tp entah la...Dulu, sblm berangkat gi KLIA, ibu ada ckp tak payah blik thun ni, gi amik kelas agama kt sini...tp, tak nk lg. tak sedia lg...rancang nk buat attachment kt Malaysia thun ni. Tahun depan, Insyallah klu berpeluang.

MENGANTUK!!!! perkataan tu sering terkeluar dr mulut sejak-semenjak ni. Entah la, walaupun dh tidur 10 jam...mata still tak buka-buka. Mengantuk ketika belajar sudah menjadi perkara normal dalam kehidupan pelajar. Klu tak mengantuk tu, mungkin korang minum tongkat ali kot. Wkt blik Mesir baru2 ni, bawa banyak gula-gula angin...dgn alasan tak nak kasi ngantuk waktu tgh study. Tp, still terasa ngantuk walaupun dah mkn byk gula-gula. Semalam gi keluar ngan satu rumah gi City Star utk buat kali ke-3, gi jalan-jalan makan angin...beli brg rumah skit. Lpstu, kami beli water filter kt spinney sbb ptg td kemas dapur, terkejut tgk paip sinki yg sblm ni kami guna tersangat-sangat la kotor. Tak sangka luar nmpk ok, dlm berkulat. Ishhhh....air tu la kami guna dulu utk masak nasi, minum air, masak dan mcm-mcm la. Patut la, sblm ni perut sokmo je sakit.

Dalam kuliah...

Hmm...winter kt sini dah nk sampai ke penghujungnye. Keperitan matahari sudah pun terasa...lebih-lebih lg wkt tgh hari. Dlm hati pikir, mcm mana la situasi final exam nnti yg sudah ditunda ke musim panas. Nak keluar rumah pun, kena pikir byk kali.

March 5, 2011

Dulu kala...

Saje nk upload...ni gambar amik wkt masak ramai-ramai ngan ahli bait sblm blik Malaysia. Laksa jadi pilihan. Hajat sbnrnye nk mkn makanan laut, tp xde jual kat pasar pulak, dah habis kot. Seperti biasa, dila x sumbang banyak pun kt masakan ni...just potong-potong je

March 1, 2011

Blik Mesir dah~~~



Sempat bergambar ngan ibu dan abah sebelum diaorg berangkat pulang...ni first time diaorg x hantar dila sampai gate perlepasan. Selalunye, kami sempat lambai-lambai tangan kat situ, tp wkt tu pagi-pagi buta (3.00 am)...lpstu, budak-budak ni kejar nak pergi sekolah pagi tu. Abah kat gambar ni sbnrnye, baru je bangun dr tidur...still lg mamai. Dila minta maaf kat abah sbb dila tergesa-gesa nk check in, tak tunggu abah sedar sepenuhnye. xpela.. dgn izin Allah, cuti summer nnti, jumpa lg...

Tepat 6.45 am, kpl terbang berlepas ke Muscat, Oman...transit kt situ 3 jam. Lepastu, Alhamdulillah sampai Cairo jam 9.30 mlm wkt Malaysia. Kat mesir lebih kurg pkul 3.30 ptg. Ptg tu jalan sesak, so sampai rumah lps maghrib dlm pkul 6.30 pm. Sepanjang jalan dah x kotor mcm dulu. Bersih je. Jalan pun dah cat baru...rsnye Mesir tgh bangun semula kot lps krisis yg melanda baru-baru ni. Banyak la perubahan kt sini. Kira-kira sehari-suntuk untuk kami menjejakkan kaki di rumah (mesir). 22 jam kot...punye la lama. Esok terus keluar pergi beli barang dapur. Ramai org arab tanya "entu fih???"...so, spontan la kami jawab.. "Malizia"...sambung pulak org tu "leih???"...dia ckp, kpn korg balik...korg sume jgn takut. Kami org arab kuat akan protect korg sume. Itu je persoalan yang sering pakcik-pakcik arab tanya kami...Hmm, ntah la.